Beautiful Plants For Your Interior

Program Malam Sedetik Pertemuan Sejuta Kenangan berlangsung dengan penuh meriah di Auditorium UCYP University sebagai majlis penutup dan penghargaan kepada Pelajar Mobiliti Batch 1 daripada Badan Kerjasama Perguruan Tinggi Keagamaan Islam Swasta (BKPTKIS) Sumatera Barat, Indonesia. Acara ini menjadi simbol persaudaraan dan kolaborasi akademik antara UCYP University Malaysia dan Pusat Kajian International Islamic Studies Development and Research Center (IISDRC) bersama delegasi perguruan tinggi Islam dari Sumatera Barat. Delegasi tersebut terdiri daripada empat institusi pendidikan Islam, yaitu Sekolah Tinggi Agama Islam (STAI) Solok Nan Indah, Sekolah Tinggi Ilmu Tarbiyah (STIT) Yayasan Pendidikan Islam (YPI) Al-Yaqin Muaro Sijunjung, Institut Agama Islam YAPTIP Chadijah Ismail Pasaman Barat, serta Sekolah Tinggi Agama Islam (STAI) Madrasah Islamiyah Bayang Pesisir Selatan.

Majlis perasmian dilengkapkan oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Azhar bin Jaafar @ Ramli Pengarah Institut Peradaban Islam Antarabangsa (IIIC), UCYP University. Turut hadir Bapak Engkizar selaku Direktur IISDRC bersama ahli delegasi dari Sumatera Barat. Program ini diserikan dengan ucapan penghargaan, persembahan kebudayaan, serta sesi perkongsian pelajar mobiliti yang mencerminkan semangat persaudaraan dan pertukaran budaya antara Malaysia dan Indonesia. Sebagai universiti yang menitikberatkan pendedahan global, UCYP University sentiasa melaksanakan pelbagai program mobiliti antarabangsa, baik outbound maupun inbound, untuk memberi peluang kepada mahasiswa memperluas pengalaman, membina jaringan internasional, serta meningkatkan daya saing global mereka. Kolaborasi ini menjadi tonggak penting bagi IISDRC dalam memperkuat jejaring akademik internasional dan memperluas kontribusi perguruan tinggi Islam Indonesia di kancah dunia.

